Sunday, 22 March 2015

5 Tips Kawal Kualiti Kalori oleh Kavin Zahri

Apabila kuantiti sudah terkawal, jangan abaikan kualiti pengambilan kalori anda!

Jadi berikut ada 5 tips untuk baiki kualiti makanan untuk teruskan your journey dan elak plateau weight loss yang dikongsikan diblog Kavin Zahri.

Kurangkan processed foods

Makanan yang diproses seperti sosej, nuggets, burger, donut dan lain-lain tinggi dengan garam dan lemak. Yes ia padat dengan kalori yang tidak berkualiti dan tidak akan membantu anda mengawal nafsu makan.

Utamakan sumber karbohidrat yang berserat

Serat penting untuk bantu anda mengawal nafsu makan dan melawas! Pastikan setiap hidangan anda ada sumber serat yang berkualiti. Contoh? Sayur-sayuran, grains, roti perang dan lain-lain. Sumber yang terbaik adalah sumber yang pelbagai.

Take Care of your Body

Jangan lupa protein yang bersih


Tidak lah susah mana untuk mencari makanan berprotein tapi lebih sukar untuk memperolehi sumber protein yang “bersih” (kurang kalori tambahan terutamanya lemak. Pastikan anda kenal-pasti sama ada hidangan protein anda “lean” atau dicampur dengan pelbagai kandungan yang lain.

Kenal-pasti GI indeks makanan

Walaupun saya sering tekankan kepada kepentingan kawal kuantiti kalori karbohidrat seperti (nasi sengenggam dll). Tidak semua sumber karbohidrat berikan impak yang sama kepada blood sugar levels atau nafsu makan anda. Cuba belajar tentang isilah GI indeks (Glycemic Index) dan pilih sumber karbohidrat yang memiliki nilai GI yang lebih rendah (lebih mengenyangkan)

Kurangkan garam

Sodium, natrium atau nama lebih mudah “garam” sering menjadi musuh kepada ramai yang ingin break weight loss plateau and ingin kelihatan lebih “kering” dan lean. Kebanyakan masakan bergoreng dan yang diproses tinggi dengan garam yang akan “gemuk airkan badan anda”.


Credit: Kavin Zahri

No comments:

Post a Comment